
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak kecil lagi kita sebagai rakyat Malaysia sudah diajar untuk tidak membuang sampah di merata tempat demi memastikan kebersihan alam sentiasa terpelihara.
Hal ini kerana kebersihan merupakan antara perkara paling penting dan perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian.
Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sesuka hati meninggalkan sampah di merata tempat sehingga memberi pandangan buruk pelancong dari luar negara.
Mat Saleh kecewa dan persoal sikap warga Kelantan buang sampah merata
Seperti baru-baru ini, tular di media sosal seorang lelaki warga Eropah dikenali sebagai Ivan meluahkan rasa kecewanya melihat sampah sarap yang ditinggalkan berdekatan kawasan parkir di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @ivanhikestheworld, Ivan mendakwa sampah tersebut adalah milik penonton satu perlawanan bola sepak yang makan di luar stadium.
“Ke mana sampah ini akan pergi? Adakah ia akan hilang begitu saja ke udara? Saya tak faham, mentaliti apa ini,” katanya.
Tak kisah jika diri dikecam, mat saleh ingin jaga kebersihan bumi
Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ada segelintir penduduk di Kelantan yang mengecamnya kerana pada pendapatnya dia berhak untuk mempertahankan dan menjaga kebersihan bumi ini.
“Mungkin korang benci saya atau cakap ‘ini bukan tempat awak, bukan rumah awak’ dan sebagainya, tapi saya tak kisah, ini planet saya juga.
“Dan ada orang perli warga Kelantan, tapi saya pertahankan orang Kelantan, saya cakap masalah ini ada di mana-mana, ia tidak kira tempat, ia masalah manusia,” katanya.
Mat Saleh tak faham apa yang susah sangat nak buang sampah di tong sampah
Menurutnya lagi, dia juga tidak memahami apa alasan yang menyebabkan ada individu tidak membuang sampah di tempat yang sepatutnya.
Ivan pada masa sama turut menasihati orang ramai agar tidak meninggalkan sampah di merata tempat.
“Tak susah pun sebenarnya (buang sampah di dalam tong sampah), budak kecik pun boleh buat. Adakah kita memang perlukan orang lain datang kutip sampah kita setiap masa?” ujar Ivan.
@ivanhikestheworld #dissapointment at the #kelantanfc #footballmatch in #kotabharu people just left their trash #littering on the ground with no regard for others or the #environment. #plasticpollution #plasticcleanup #beachcleanup #environmentalist #environmentalactivism #advocateforyourself #kelantan #malaysia #travelmalaysia #kualalumpur #penang #johor #terrenganu #cleanupafteryourself with @Ʋ M Ɩ Є Ɗ ƛ Ɲ Ɩ Ƨ Ӈ #socialexperiment #socialactivist ♬ original sound – ivanhikestheworld
Difahamkan, ini bukan lah kali pertama Ivan mengutip sampah dan membuangnya di dalam tong sampah di negeri terbabit.
Sebelum ini, Ivan pernah membahaskan mengenai isu sampah yang ditinggalkan di sekitar Pantai Senok, Kota Bharu meskipun kawasan terbabit mempunyai banyak tong sampah.
@ivanhikestheworld I’m at #pantaisenok #pantaisenokbachok #pantaisenokkelantan and I’m disappointed in my brothers and sisters. #cleanuptrash #pickuplitter #pickingupgarbage #environmentalaction #ivanhikestheworld #malaysia #travelmalaysia #bachok #bachokkelantan #trashcleanup #worldtravel #beresponsible #kelantan #johorbahru #kualalumpur #penang #trashhero Thank you @Umie Danish ♬ original sound – ivanhikestheworld
Denda sehingga RM2,000 jika ada warga Kelantan buang sampah luar tong
Untuk info, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri Kelantan pada bulan Februari lalu menyatakan akan mengenakan denda sehingga RM2,000 buat mereka yang membuang sampah di luar tong.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, pihaknya akan mengesan individu terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ia termasuklah mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh individu terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Kelantan Kenakan Denda Maksimum RM2,000 Jika Ada Yang Buang Sampah Di Luar Tong

![“Sikit Pun Tiada Maaf” – Siap Dah Terminum, Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Air Minuman Yang Dipesan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![“Allah Uji Kami” – Wanita Luah Kereta Suaminya ‘Total Lost’ Dirempuh Pemandu Mabuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)