Mat Saleh Tak Tahu Nak Buat Apa Di KL Selepas 3 Hari, Pelik Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong

LocalTravel
3 Dec 2025 • 12:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara. Setiap tahun, berjuta-juta pelancong asing yang datang bercuti di negara ini.

Tidak dinafikan, selain terdapat tempat-tempat menarik, kepelbagaian budaya, masyarakat dan pelbagai jenis makanan juga menjadi salah satu faktor utama tarikan pelancong.

Kebanyakan rakyat di negara ini juga amat menyambut baik kehadiran pelancong asing, maka tidak hairanlah jika Malaysia kekal menjadi antara destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia.

Mat saleh pelik kenapa Malaysia jadi tumpuan pelancong

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial seorang pelancong asing dipercayai warga Rusia yang bercuti di Kuala Lumpur seakan tidak memahami dan pelik mengapa Malaysia menjadi salah satu destinasi percutian yang popular.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Threads @evgeniin23, dia menyatakan Malaysia kini berada di tempat kedua selepas Thailand dalam jumlah pelancong dengan lebih 25 juta pengunjung dicatatkan tahun ini.

Pelancong terbabit turut berkongsi beberapa gambar yang diambilnya di sekitar ibu kota.

Mat saleh tak tahu nak buat apa selepas 3 hari di Kuala Lumpur

Namun, dia turut menyuarakan kekeliruan tentang apa yang boleh dibuat di sini selepas lebih daripada dua atau tiga hari.

“Kuala Lumpur, Malaysia berada di tempat kedua selepas Thailand dari segi jumlah pelancong. Tapi saya betul-betul tak faham apa yang boleh dibuat di sini lebih dua atau tiga hari,” tulisnya.

Hantaran terbabit kemudiannya menarik perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya rakyat tempatan.

View on Threads

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas membaca luahan pelancong berkenaan.

Segelintir pengguna juga menegurnya bahawa dia seharusnya menerokai keindahan alam yang ada di negara ini berbanding hanya bercuti di bandaraya Kuala Lumpur yang pastinya sama dengan bandar negara-negara maju.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan beberapa kawasan pelancong yang menarik di Malaysia yang boleh dilawati oleh warga Rusia terbabit pada masa hadapan seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Dia kemudiannya membalas dan mengambil maklum dengan cadangan yang diberikan.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Eropah Kagum Airport Langkawi Sediakan Payung Untuk Elak Penumpang Kena Hujan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Mengamuk Tak Diberitahu Burger Dibeli Bukan Vegetarian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Dikecam Gara-gara Lukis Panda, Rupanya Pencipta Mural Sudah Beri Kebenaran