Mat Salih Datang Malaysia ‘Cari Pasal’, Kupas Kelapa Guna Gigi Habis Semua Patah

13 Jun 2023 • 7:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mat Salih datang ke Malaysia, buka buah kelapa dengan gigi

Mat Salih Datang Malaysia Cari Pasal, Kupas Kelapa Guna Gigi Habis Semua Patah. Baru-baru ini, satu hantaran video tular di TikTok mengenai seorang mat salih yang berkunjung ke Malaysia kerana mengupas buah kelapa menggunakan giginya.

“Kita berada di Malaysia dan kita ada masalah. Saya cuba untuk mengupas buah kelapa menggunakan gigi saya,” katanya menerusi sebuah perkongsian video di TikTok.

Menurut laporan, akibat daripada itu, dipercayai sebahagian kecil daripada sebatang gigi hadapannya patah.

image is not available
Sumber: TikTok

Pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan, sambil bawa buah kelapa

Mat salih atau dikenali sebagai Alexey, kemudian pergi ke klinik pergigian untuk mendapatkan rawatan sambil membawa kelapa yang digigit.

Buah itu bukan sahaja ditunjukkan kepada petugas di kaunter, malah mat salih turut membawanya masuk ke dalam bilik rawatan di hadapan doktor dan jururawat.

Alexey, yang telah selesai menjalani rawatannya, mengucapkan terima kasih kepada doktor yang telah merawatnya sambil masih memegang sebiji buah kelapa.

image is not available
Sumber: TikTok

Selesai rawatan, turut berterima kasih kepada doctor yang merawatnya

“Terima kasih doktor untuk gigi baharu saya. Terima kasih semua,” katanya menerusi keterangan video yang memberi pesanan ‘jaga diri dan berhati-hati dengan gigi anda’.

Dalam pada itu, video berdurasi 27 saat itu turut merakamkan demonstrasi seorang penjual air minuman kelapa mengupas buah tersebut.

“Buka kelapa macam ni, bukan dengan gigi,” kata pemuda warga tempatan itu secara berseloroh sambil membelah kelapa menggunakan parang di hadapan Alexey.

@alexey.brock

⛔️⚠️Stay safe and be careful with your gigi. #kelapa #problem #gigi #doctor #Malaysia

♬ original sound – Alexey.brock

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki warga asing itu yang sanggup cuba mengupas kelapa dengan giginya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

View Original Article