Mat salih ‘hina’ Malaysia, pengguna minta jangan datang

LocalOpinion
30 Jul 2026 • 12:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mat salih ‘hina’ Malaysia, pengguna minta jangan datang

PETALING JAYA – Hasrat seorang warga asing merendahkan Malaysia dengan mendakwa Bangkok lebih baik daripada Kuala Lumpur untuk didiami golongan digital nomad bertukar menjadi bahan sindiran apabila majoriti netizen tempatan menggesanya terus menetap di Thailand.

Menerusi hantaran di laman Threads, pengguna dikenali sebagai @Tomvigneres mendakwa Bangkok merupakan tempat yang lebih baik untuk didiami sebagai digital nomad berbanding Kuala Lumpur, malah menyifatkan mereka yang berpendapat sebaliknya hanya mahu tampil dengan pandangan yang berbeza.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mencetuskan kemarahan seperti dijangka, sebaliknya dibalas dengan pelbagai komen sinis daripada rakyat Malaysia yang mengalu-alukan supaya lelaki terbabit tidak memilih negara ini sebagai tempat tinggal.

“Kami gembira anda berfikiran begitu. Tolong jangan ubah fikiran. Salam dari Malaysia,” kata @Munchinggoesasean.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bersetuju dengan pandangan anda. Malaysia bukan untuk semua orang. Semoga anda menikmati kehidupan di Bangkok,” ujar @Zchucw.

“Tolong terus kekal di Bangkok. Saya harap pandangan yang tidak popular ini akan menjadi semakin popular. Salam dari Malaysia,” kata @Najibrad1990.

Malah, penyanyi, Fynn Jamal juga tidak terlepas daripada turut sama menyindir dengan mendakwa Malaysia mempunyai banyak kekurangan dan tak sesuai diduduki oleh warga asing.

“Malaysia mempunyai rangkaian internet yang perlahan, rakyatnya tidak fasih berbahasa Inggeris dan pelbagai kekurangan lain,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE

The post Mat salih ‘hina’ Malaysia, pengguna minta jangan datang appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved