Mat Salleh Tampil Mohon Maaf, Tuduh Malaysia ‘Claim’ Hidangan Indonesia

11 Mar 2024 • 2:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang pempengaruh media sosial ‘mat salleh’ tampil memohon maaf selepas tuduh Malaysia telah ‘claim’ atau menuntut salah satu hidangan daripada Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, pempengaruh yang bernama Laurance Benson berkata berlaku sedikit salah faham ketika dia melakukan penyelidikan berkenaan hidangan yang bernama ‘cilok’ itu.

“Cilok berasal daripada Indonesia. Beberapa hari lepas, saya sedang makan cilok bersama bersama rakan saya dan menyebut Malaysia telah ‘claim’ hidangan itu milik mereka.

“Alasan saya berkata demikian adalah ketika saya sedang melakukan penyelidikan, saya jumpa beberapa video jadi saya beranggapan Malaysia ‘claim’ hidangan ini,” katanya.

Tambah Benson, pada video berkenaan dia ada menyebut kepada rakannya bahawa hidangan ‘cilok’ berasal daripada Indonesia namun Malaysia menuntut ia milik mereka.

image is not available

“Saya telah memadam video pendakwaan itu daripada semua media sosial saya.

“Saya suka Malaysia, saya suka orang-orang di sana dan saya suka makanannya. Saya cuma kurang teliti ketika membuat penyelidikan untuk video ini dan saya minta maaf,” ujarnya.

Mat salleh tuduh Malaysia ‘claim’ hidangan ‘cilok’

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia turut menafikan dakwaan daripada pempengaruh media sosial itu.

Kalau ada pun, orang Indonesia yang jual

image is not available

Tiba-tiba tuduh Malaysia ‘claim’

image is not available

Saya Malaysia, tak tahu apa cilok

image is not available

Kami tak pernah ‘claim’ cilok

image is not available

Terdahulu, Benson telah memuat naik satu video memaparkan dia serta seorang lagi rakannya membuat ulasan hidangan Indonesia iaitu ‘cilok’.

Bagaimanapun, video itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia, namun pempengaruh luar negara lain yang sudah lama tinggal di negara ini turut merasa bengang.

Beberapa pempengaruh lain telah menegur tindakan Benson dan akhirnya dia akur bahawa dia telah melakukan kesalahan dan memadam video tuduhan itu.

Sumber: TikTok @laurance_benson