Matan palsu: Pengarah syarikat direman empat hari

10 Jan 2023 • 7:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu dalam projek pembinaan sebuah bangunan bernilai kira-kira RM92 juta di Kuala Terengganu.

Tempoh reman hingga Jumaat ini terhadap lelaki berusia 64 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin setelah membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Sumber SPRM memaklumkan lelaki berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira 3.45 petang semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber itu, pengarah syarikat itu disyaki terlibat dalam memperakukan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu melibatkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dalam projek pembinaan itu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya. -Bernama