“Mati Adik Kau Senang Hati Kau” – Tuduh Sengaja Bun*h Adik, Komen Makcik Ini Undang Kecaman Netizen

27 Oct 2022 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari lepas, kes tentang remaja perempuan tertikam adiknya selepas balik dari sekolah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

Semalam, Mahkamah Majistret Kanak-Kanak memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000, dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap bulan sekali.

image is not available 1 hari lalu

"Bapa Yang Bayar.." - Kes Tikam Adik, Mahkamah Benarkan Kakak Diikat Jamin RM10K

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib remaja itu malah mereka juga yakin bahawa dia sememangnya tidak sengaja berbuat sedemikian kepada adiknya.

Apatah lagi, menurut keluarga mereka taat pada agama dan kedua-dua mangsa serta tertuduh mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Namun menerusi Facebook, komen seorang wanita telah mengundang kecaman ramai warganet di aplikasi itu selepas dia menuduh remaja tersebut sengaja berbuat begitu terhadap adik lelakinya.

Memang kau nak bun*h adik kau. Mati adik kau senang hati kau.”

image is not available

Komen tersebut mendapat lebih 4,000 balas dan respon daripada netizen lain di mana semuanya memarahi wanita terbabit kerana tergamak menuduh dan berkata seperti itu.

Ada yang berkata ibu bapa tertuduh sendiri pun memaafkan dan percaya anak mereka tidak sengaja, siapalah dia sebagai orang luar mahu melemparkan tuduhan sebegitu.

Segelintir netizen memintanya untuk mendiamkan diri sahaja daripada bercakap yang tidak elok selain berkata mulutnya tidak seiring dengan penampilannya yang bertudung labuh itu.

image is not availableimage is not available