“Mati2 tak mengaku, tahu-tahu I L U” -‘Pedas’ lirik lagu baru Aepul Roza

Music
29 Apr 2024 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Lirik lagu baru Aepul Roza nampaknya sangat tepat dengan isu semasa yang sejak kebelakangan ini berlegar-legar di media sosial masing-masing.

Mana tidaknya, pelbagai tangkapan layar pendedahan berkenaan isu semasa golongan selebriti tentang kecurangan telah menjadi topik perbualan semua peringkat sehingga menggegarkan satu Malaysia.

Ada drama mesti kena ada OST

Menerusi lirik lagu baru Aepul Roza itu, vokalis kumpulan Drama Band berkenaan seakan memberitahu tentang seseorang yang bersungguh-sungguh menafikan hubungan antara mereka tetapi ‘kantoi’ berkasih-sayang menerusi perbualan mesej di WhatsApp.

“Mati-mati tak mengaku, I L U, pura-pura tersakiti diam-diam 1 4 3

“Manis udang maka udang direbus tak merah, main-main kata,

sampai masa kan terbongkar juga, dah bergegar satu Malaya,” ujar lirik lagu tersebut.

@aepulroza

Bila ada drama, mestilah kena ada OST kan? Lagunya bertajuk; I L U

♬ I L U – Aepul Roza

Lagu baru Aepul Roza dibuat berdasarkan isu semasa

Lagu ciptaan Aepul itu dibuat selepas dia memuat naik satu ciapan mengatakan mahu menghasilkan satu lagu berdasarkan isu semasa yang sedang hangat di bualkan.

Disebabkan gagal menahan diri, akhirnya lagu tersebut berjaya disiapkan dan video rakaman telah dikongsikan di platform media sosial sehingga ditonton lebih dari satu juta viewers sejak ia dimuat naik kira-kira dua hari lalu.

image is not available

Lagu baru Aepul Roza dikaitkan dengan kontroversi artis?

Pelbagai maklum balas diterima dan rata-rata mengaitkan lagu berkenaan dengan isu beberapa orang artis yang sedang mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

Walaupun tidak menyebut mana-mana nama dalam lagu terbabit, ramai dapat meneka lagu itu ditujukan kepada siapa.

Mereka juga mengakui menggemari karya dari Aepul lebih-lebih lagi lagu berkenaan kedengaran cukup catchy.

image is not available

Kalau lancarkan mesti meletup!

image is not available

Tak sabar nak tunggu MV

image is not available

Dapat bayangkan pelakon drama lari2 pegang tangan

image is not available

Lagu ni sedap ye

image is not available

 

Sumber: TikTok aepulroza