Matlamat dan tekad akan naikkan UMNO kembali- Shahrizat

Politics
6 Mar 2023 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Shahrizat. - Foto Bernama.

KUALA LUMPUR - Meskipun ramai mendakwa UMNO berada pada tahap lemah dan tidak mempunyai masa depan kerana pengaruh ‘gelombang hijau’ dalam kalangan generasi muda, namun ia bukan merupakan satu isu.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sebaliknya ia merupakan saat yang mengujakan buat pergerakan tersebut untuk melakukan pembaharuan dalam kalangan ahli.

"UMNO dan sayap wanita mesti bangkit seperti kerana kita mempunyai matlamat dan tekad.

“Apabila kita telah jatuh ke bawah, satu-satunya untuk kembali ke atas adalah dengan mempunyai tangan yang kuat untuk membawanya," katanya kepada Sinar Daily.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau percaya dengan perjuangan partinya itu.

“Jika kita mempunyai kepimpinan yang betul, dan kalian (Wanita UMNO) dengan tegas menuntut kuasa sebagai ibu metafora terhadap negara serta melaksanakan kepimpinan dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati, kita mempunyai peluang yang sangat baik untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

“Bagi saya, wanita mesti mendapatkan semula kekuatan sebagai tulang belakang parti,” tambahnya.

Beliau akan bertanding bagi merebut jawatan lamanya itu dengan menentang penyandang, Datuk Seri Noraini Ahmad pada sesi pemilihan UMNO 2023-2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Shahrizat memegang jawatan sebagai Ketua Sayap Wanita UMNO pada 2009, namun pada sesi pemilihan 2018, beliau memilih untuk melepaskan jawatan tersebut kerana ingin memberi ruang kepada generasi muda untuk menceburkan diri.