Matriks Tahun 4 kesan murid perlukan bantuan lebih awal – Fadhlina

25 Sep 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Matriks Tahun 4 kesan murid perlukan bantuan lebih awal – Fadhlina

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mahu Matriks Pembelajaran Tahun 4 digunakan sebagai mekanisme mengenal pasti kelemahan pembelajaran murid lebih awal supaya intervensi dapat dilaksanakan segera.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, matriks berkenaan bukan peperiksaan baharu, sebaliknya bertujuan mengenal pasti perkara yang telah dikuasai murid serta jurang pembelajaran yang masih perlu diperbaiki.

“Kalau seorang murid lemah Sains, berapa lama kita perlu tunggu sebelum kita sedar dia sebenarnya perlukan bantuan. Dalam sebuah sistem yang mempunyai jutaan murid, cabarannya ialah bagaimana kita mengenal pasti anak itu lebih awal dan memastikan bantuan sampai kepadanya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPM bagi September.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh melalui Matriks Pembelajaran Tahun 4 perlu membantu pihak sekolah memahami keadaan pembelajaran murid dengan lebih baik.

Katanya, guru pula perlu menggunakan maklumat tersebut untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan setiap murid.

“Bahagian paling penting bermula selepas Matriks Pembelajaran selesai dilaksanakan. Katakan kita dapati seorang murid masih bergelut dalam Sains. Kita tidak boleh berhenti dengan mengetahui perkara itu sahaja. Kita perlu melihat apa yang dia belum faham dan melakukan intervensi segera,” katanya.

Fadhlina berkata, sekiranya pendekatan pertama tidak berhasil, guru perlu mencuba kaedah lain bagi memastikan murid berkenaan mendapat sokongan yang diperlukan.

“Data sepatutnya membantu kita membuat keputusan, bukan sekadar memenuhi laporan semata-mata.

“Itulah ukuran sebenar Matriks Pembelajaran Tahun 4, bukan berapa banyak data yang berjaya kita kumpulkan tetapi berapa ramai anak yang dapat kita bantu melalui intervensi kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Matriks Tahun 4 kesan murid perlukan bantuan lebih awal – Fadhlina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved