Mattel Umum Kerjasama Dengan Proton, Perkenal “Diecast” Hot Wheels Model Proton Saga

Cars
6 Dec 2022 • 5:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mattel Umum Kerjasama Dengan Proton, Perkenal “Diecast” Hot Wheels Model Proton Saga

BUKIT MERTAJAM, 6 Dis (Bernama) — Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc Steve Totzke berkata kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di sini hari ini.

Menurut Totzke Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

Model baharu Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

Sumber: BERNAMA