Maulidur Rasul: PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Hujung Minggu Ini

5 Oct 2022 • 7:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PLUS jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan berikutan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini hingga Isnin berikutan cuti sambutan Maulidur Rasul.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sejak beralih ke fasa peralihan ke endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh prapandemik iaitu purata 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari biasa dan pada masa ini, trend menunjukkan lonjakan 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan menjangkakan ia berterusan ketika hujung ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul.

“Kami jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh. Oleh itu, kami menasihatkan pelanggan membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik.

“Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch ‘n Go anda dan pastikan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan ketika keluar di plaza tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini, pelanggan lebuh raya boleh melayari laman web www.plus.com.my selain Facebook dan Twitter @PLUSTrafik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved