Maut langgar lori 3 tan di Sekinchan

18 Oct 2026 • 11:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maut langgar lori 3 tan di Sekinchan

SABAK BERNAM – Seorang lelaki maut selepas kereta Honda City dipandunya merempuh belakang lori tiga tan di Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan, di sini awal pagi tadi.

Mangsa berusia 23 tahun yang tersepit di bahagian pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.31 pagi.

Katanya, bomba yang tiba tujuh minit kemudian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori tiga tan.

“Seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan anggota bomba pada pukul 1.54 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada polis,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemandu dan kelindan lori, masing-masing lelaki berusia 32 tahun dan wanita berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Maut langgar lori 3 tan di Sekinchan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved