Maut tersepit di bawah lori dipandu

14 Jan 2026 • 11:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori.

TANGKAK – Seorang pemandu lori maut apabila didapati tersepit di bawah lori yang dipandunya dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 167.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Rabu.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Khalid Mohd Aris dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 5.27 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan 16 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian sejauh 27 kilometer.

“Setibanya anggota bomba di tempat kejadian pada jam 5.55 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah lori yang membawa muatan barangan perkakasan.

“Pemandu treler, seorang lelaki berusia 34 tahun, didapati cedera manakala pemandu lori jenis Hino disahkan meninggal dunia dan tersepit di bawah lori yang dipandunya.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata akibat nahas tersebut, pemandu treler mengalami kecederaan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah mangsa yang cedera diselamatkan, keadaan di lokasi berjaya dikawal oleh anggota bomba dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.58 pagi,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved