
PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuka siasatan terhadap MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu susulan pengumuman penangguhan operasi 12 Okt lalu.
Mavcom berkata, surat tunjuk sebab itu menyatakan kegagalan MYAirline untuk memenuhi syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL), termasuk pembayaran gaji dan faedah pekerja yang masih belum dijelaskan.
Selain itu, syarikat penerbangan tersebut diperintah mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Okt.
“Sebaik menerima penjelasan bertulis MYAirline, Mavcom akan menilai sama ada ia layak untuk kekal sebagai pemegang ASL, atau sama ada ASL MYAirline harus digantung atau dibatalkan menurut Seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Mavcom bakal mengumumkan maklumat terkini berkaitan siasatan tersebut minggu depan,” katanya dalam kenyataan.
Mavcom juga sedang menyiasat MYAirline dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat ASL.
Mengenai bayaran balik kepada pengguna terjejas pula, Mavcom sudah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengusahakan semua pilihan yang berkemungkinan dalam mendapatkan bayaran balik itu.
“Mavcom akan memaklumkan sebarang kemas kini dengan bayaran balik sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Mavcom turut menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya.
“Walaupun rangka kerja kelulusan pelesenan sedia ada yang terpakai kepada semua pemegang lesen baharu dan sedia ada adalah komprehensif, pasukan petugas akan turut menyemak semula rangka berkenaan bagi sebarang penambahbaikan,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
