
MAWO Raih Anugerah Emas “Golden Diploma Award” Di Prague
MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab FELDA Trolak mencipta sejarah apabila berjaya meraih Anugerah Emas “Golden Diploma Award” dalam kategori middle class di 26th Festival Antarabangsa Wind Orchestras Prague 2025.
MAWO berjaya mengalahkan tujuh kumpulan orkestra lain dari enam negara, menjadikan kemenangan ini lebih manis apabila Malaysia turut menjadi satu-satunya negara Asia yang bertanding dalam acara berprestij tersebut.
Anugerah emas itu diberikan berdasarkan markah tertinggi yang diperoleh daripada panel juri selepas menilai persembahan kesemua lapan kumpulan orkestra yang bertanding dalam kategori sama.
Selain anugerah emas, penganjur turut menyediakan anugerah perak dan gangsa untuk kategori tersebut.
Pertandingan tahun ini menyaksikan tiga kategori utama dipertandingkan iaitu lower class, middle class dan higher class.
Kategori ini ditentukan berdasarkan tahap kesukaran muzik, kecekapan teknikal serta pengalaman setiap kumpulan orkestra yang bertanding.
Sebanyak 13 kumpulan orkestra dari 11 negara mengambil bahagian dalam edisi kali ini, dengan MAWO menjadi wakil tunggal dari benua Asia. Selebihnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan orkestra dari negara-negara Eropah.
The post MAWO Raih Anugerah Emas “Golden Diploma Award” Di Prague appeared first on Siakap Keli.

