Max Rewind Pula Diperkenalkan – Rangkuman Tahunan Seakan Spotify Wrapped

TechnologyDigital
20 Dec 2024 • 6:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak semakin ramai pengguna mengenali dan menggemari konsep sesebuah platform penstriman merangkumkan aktiviti tahunan, ciri ini terus menjadi trend setiap tahun. Tahun ini kita telah pun melihat Apple Music Replay, Spotify Wrapped, YouTube Recap dan banyak lagi termasuk PlayStation dan Instagram. Terbaru, Max pula memperkenalkan iterasi tersendiri.

image is not available

Ia dinamakan sebagai Max Rewind yang menggunakan konsep sama, di mana setiap grafik yang dikeluarkan boleh dikongsi ke mana-mana platform media sosial. Dengan Max Rewind, pengguna akan menerima watak khas berdasarkan corak penggunaan sepanjang tahun. Antara watak paling popular adalah Pickle Rick dari rick & Morty. Bukan itu sahaja, Max turut akan memberi cadangan kandungan lain untuk dinikmati.

image is not available

Kandungan ini adalah berdasarkan yang digemari pengguna dari pelbagai genre atau “saluran” seperti TLC, Food Network, ID, HGTV, Magnolia Network, Adult Swim/Cartoon Network, TBS dan DC. Dalam Max Rewind, kandungan yang dipromosikan mengikut musim dari awal tahun sehingga ke bulan Disember juga boleh diakses dengan pantas. Kandungan yang ditekankan adalah “The Sopranos”, “The Sympathizer”, “The Matrix”, “House of the Dragon”, “The Penguin,” “Dune: Prophecy” dan “Friends”.

image is not available

Ini adalah kali pertama Max Rewind diperkenalkan kepada semua pengguna di peringkat global. Dalam semakan saya, Max Rewind masih belum boleh diakses pada peranti Android dan iOS. Diharapkan bukan kerana Max baru dilancarkan pada bulan lalu, ciri ini tidak ditawarkan. Ia akan tiba melalui notifikasi dari dalam aplikasi.