Maximus bercuti, Joachim pemangku presiden PBS bermula 1 Jun

Politics
7 Apr 2024 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.

Setiausaha Agung PBS Datuk Julita Majungki berkata pada tempoh tersebut, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Joachim Gunasalam akan meneraju parti sebagai pemangku presiden.

“Dengan Joachim yang merupakan timbalan presiden bagi kuota Bumiputera bukan Islam parti itu menjadi pemangku presiden, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai akan melaksanakan tanggungjawab tambahan sebagai pemangku timbalan presiden,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.

Julita berkata langkah itu menunjukkan komitmen parti untuk memastikan kesinambungan dan penyesuaian dalam struktur kepimpinannya, yang menjaga kepentingan parti dan ahlinya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pada Jun 2022, Maximus telah menetapkan tempoh masa untuk mengenal pasti penggantinya sebagai presiden parti dan menyatakan bahawa peralihan kepimpinan boleh berlaku sebelum atau semasa kongres parti itu akan datang.

PBS merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah yang membentuk kerajaan negeri, dengan Joachim sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Parti itu mempunyai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.