Maxis, Kerajaan Pulau Pinang bangunkan kemahiran digital dan Pendidikan STEM melalui Maxis e-Kelas

1 Jul 2024 • 5:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maxis, Kerajaan Pulau Pinang bangunkan kemahiran digital dan Pendidikan STEM melalui Maxis e-Kelas

syaza

01/07/2024 - 17:16

KUALA LUMPUR 1 Julai – Maxis bersama Kerajaan Pulau Pinang bekerjasama bagi menyokong pembangunan kemahiran digital dan pembelajaran digital di negeri itu.

Program itu merupakan inisitiatif Maxis dan Digital Penang pada 2023 yang berjaya mendorong pendigitalan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri tersebut.

Oleh itu, tujuan program ini untuk memacu penerimagunaan digital dalam kalangan PMKS di Pulau Pinang melalui program-program komuniti utama Maxis, eKelas Usahawan dan eKelas.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berharap kerjasama ini akan memupuk para usahawan dan belia yang bersedia untuk masa hadapan dan mampu berkembang maju dalam ekonomi digital hari esok.

Menurut Maxis, program Maxis e-kelas akan menyediakan latihan kemahiran kemahiran pemasaran digital untuk golongan usahawan dan belia di Pulau Pinang.

Di samping itu, Maxis e-kelas akan memperluaskan capaian sumber pembelajaran digital dalam kalangan para pelajar dan guru di sekolah-sekolah Pulau Pinang. - DagangNews.com