Maxis Menambah Pakej 1Gbps Untuk Perusahaan Dengan Promo Pengenalan Berharga RM189 Sebulan

TechnologyDigital
13 Apr 2023 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Maxis kini dilihat turut menambah pakej internet baharu mereka dengan kelajuan sehingga 1Gbps. Walaubagaimanapun, pakej Maxis ini ditawarkan untuk pengguna perusahaan atau bisnes sahaja buat masa ini.

Pakej internet untuk perusahaan oleh Maxis ini turut hadir dengan akses kepada Mesh WiFi, penghala WiFi-6, dan juga satu nombor talian tetap.. Pengguna turut boleh memilih sama ada inginkan sebuah IP tetap atau dinamik.

image is not available

Menariknya adalah pada harga penawaran pakej ini, yang ia hadir dengan harga promosi pengenalan pada RM189 sebulan untuk tempoh terhad.

Harga sebenar pakej berkenaan masih dilihat adalah RM349 sebulan, yang mana sama dengan penawaran pakej 800Mbps. Pihak Maxis menawarkan rebat kepada pengguna yang berdaftar sebelum penghujung April 2023 ini, membolehkan mereka menikmati harga langganan RM189 sebulan untuk tempoh terhad.