Maxis kini sekali lagi menekankan komitmen menyatakan akan memeterai perjanjian akses bersama DNB dalam menawarkan khidmat 5G kepada para pelanggan dibawah rangkaian Maxis. Namun, ia tidak dinyatakan bilakah perjanjian kerjasama ini akan dilakukan.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi sedia memeterai perjanjian akses bersama DNB, dan menawarkan akses 5G kepada pelanggan mereka. Ini termasuk Yes, Celcom, Digi, U Mobile dan juga Unifi Mobile. Hanya Maxis sahaja masih belum menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggan mereka.
Menurut Maxis, penawaran rangkaian 5G masih mempunyai beberapa kekurangan pada hari ini, terutamanya liputan dalam bangunan. SKMM sendiri berkongsi menyatakan kadar penggunaan 5G hanya mencapai 3.1% sahaja buat masa ini.
- Sumber
- TheStar


