Maxis Perkenal Pembantu Maya Dikuasakan AI – MIYA

TechnologyDigital
15 Oct 2025 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis hari ini secara rasminya memperkenalkan Miya, atau nama panjangnya, Maxis Intelligence, Your Assistant. Miya merupakan pembantu maya yang dikuasakan dengan sokongan kecerdasan buatan, sekaligus memudahkan pengguna dalam sejumlah perkara.

image is not available

Miya diintegrasikan terus pada aplikasi Maxis, dan boleh berinteraksi dalam urusan pengurusan bil, sokongan perayauan, dan semakan kontrak. Disamping itu, pengguna turut boleh bertanyakan pelbagai perkara melibatkan produk dan perkhidmatan Maxis.

Maxis mengatakan pembantu maya ini berinteraksi 24/7, sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan bantuan pada bila-bila masa berkenaan produk dan perkhidmatan Maxis. Untuk menjayakan perkara ini, Maxis menggunakan sokongan Google Cloud, dan model Gemini.

image is not available

Miya telah mula diperkenalkan bermula hari ini secara berperingkat kepada semua pengguna aplikasi Maxis. Bagi pelanggan Maxis, anda boleh mengemaskini atau memuat-turun aplikasi Maxis terkini melalui Apple App Store dan Google Play Store.