
Maxis hari ini memperkenalkan pelan baharu Maxis Family Plan yang menggabungkan internet rumah berkelajuan tinggi dengan talian mudah alih tanpa had.

Terdapat dua pilihan pelan disediakan iaitu RM299/bulan dengan kelajuan fibre 500Mbps serta tiga talian mudah alih 4G/5G tanpa had manakala RM399/bulan menawarkan kelajuan 1Gbps bersama empat talian mudah alih 4G/5G tanpa had.
Pelanggan Maxis Family Plan ini akan menerima router WiFi 6 bersama pemasangan percuma, manakala pelan ini turut disertakan dengan langganan percuma sooka Premium untuk masa terhad. Selain itu, Maxis memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk menyesuaikan pelan mengikut keperluan.

Sebagai contoh, pelanggan boleh menaik taraf kelajuan fibre sehingga 2Gbps serta menambah sehingga enam talian mudah alih tambahan. Untuk pelan RM299, naik taraf kepada 1Gbps dikenakan caj RM90 sebulan atau 2Gbps pada RM160 sebulan manakala bagi pelan RM399, naik taraf kepada 2Gbps hanya RM70 sebulan. Talian mudah alih tambahan pula boleh ditambah pada kadar RM48 setiap talian.

Di kawasan yang belum mempunyai liputan fibre, pelanggan boleh memilih Maxis Family Plan dengan 5G Home WiFi, yang hadir bersama router 5G percuma untuk pengalaman plug-and-play yang ringkas dan mudah. Sementara itu, pelanggan sedia ada Maxis boleh menaik taraf kepada pelan baharu ini dengan hanya mengunjungi Maxis Centre terdekat.
- Langgan Sekarang – Maxis Family Plans



