Maya Karin Kena ‘Panic Attack’, Faizal Hussein ‘Gentleman’ Siap Kutip Kasut Tertinggal Di Pentas

Entertainment
4 Dec 2022 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di sebalik kehidupan glamor seorang anak seni, siapa sangka pelakon jelita Maya Karin sebenarnya menghidap sejenis gangguan keresahan atau lebih mudah disebut anxiety sejak beberapa tahun lalu.

Terbaru, Maya Karin kena serangan panik ketika menyampaikan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 Jumaat lalu.

Dapat dilihat tangan pelakon itu menggigil dan dia terpaksa melakukan teknik grounding iaitu membuka kasut untuk meredakan situasi.

Pasangan penyampai anugerah, Faizal Hussein yang berada di sebelah turut bantu Maya Karin berasa selesa supaya dia tak pitam.

Selepas tu, Faizal Hussein secara gentleman kutip kasut Maya Karin yang tertinggal di atas pentas dan membawanya ke belakang.

image is not available

Biarpun menggigil dan berkaki ayam, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam berjaya menghabiskan tugasannya dengan baik pada malam itu.

Kredit: Instagram Maya Karin | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article