Mayat anak beranak dalam kejadian bot terbalik ditemui

2 Jul 2022 • 11:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KAJANG - Mayat dua beranak yang dipercayai lemas dalam kejadian bot terbalik di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua di sini, ditemui pada petang Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat dua beranak masing-masing berusia 50 tahun dan 15 tahun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mayat pertama merupakan seorang lelaki berumur 50 tahun ditemui pada jam 5.12 petang manakala mayat kedua berumur 15 tahun ditemui pada jam 6.56 petang," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Pada petang Sabtu, seorang bapa bersama anak lelakinya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik.

Kejadian melibatkan tiga beranak terdiri daripada seorang bapa bersama dua anak lelakinya.

Bagaimanapun mangsa yang berumur 17 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved