Mayat bapa lemas selepas selamatkan anak jatuh sungai ditemukan

27 Aug 2025 • 1:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 27 OGOS: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sat, Tanah Merah, pada Isnin ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata mayat Saifuldin Ramli @ Ghazali, 46, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 7 pagi tadi pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasinya terjatuh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Saifuldin dikatakan keluar berjalan-jalan bersama empat anaknya sebelum seorang daripadanya terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah.

Mangsa berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu sebelum lelaki itu pula hilang dibawa arus sungai.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved