Mayat bayi dijumpai tertanam dalam simen

LocalPolitics
28 Aug 2024 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat yang belum dikenalpasti jantina itu ditemukan seorang lelaki berusia 37 tahun sekitar jam 11 pagi ketika sedang melakukan kerja baik pulih rumah yang hendak disewa. Foto ihsan pembaca

IPOH - Mayat seorang bayi ditemui tertanam dalam simen di ruang tempat letak kenderaan sebuah rumah di Taman Sri Rokam di sini, pada Rabu.

Mayat yang belum dikenal pasti jantina itu ditemukan seorang lelaki berusia 37 tahun sekitar jam 11 pagi ketika sedang melakukan kerja baik pulih rumah yang hendak disewa.

Semasa kejadian, lelaki terbabit telah mengorek tanah bertujuan menyimen semula lantai tempat ketak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.

Apabila kain ditarik, lelaki itu terkejut melihat mayat bayi berada di sebalik kain sarung tersebut.

AKAN MENYUSUL