Mayat bayi ditemui di Hulu Terengganu, polis buru maklumat

16 Oct 2026 • 10:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mayat bayi ditemui di Hulu Terengganu, polis buru maklumat

Polis Hulu Terengganu menyiasat penemuan mayat seorang bayi dalam longkang di kawasan perumahan Kampung Padang Setengge, Kuala Berang.

KUALA BERANG: Mayat seorang bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 6.52 petang.

Beliau berkata susulan laporan berkenaan, polis menghubungi Unit Forensik D10 dan unit K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi kejadian.

“Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan.

“Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi berkenaan. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved