Mayat bayi perempuan ditemui di masjid

12 Feb 2023 • 10:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh pada Ahad. - Gambar hiasan

KUALA PILAH - Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh di sini pada Ahad.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada seorang lelaki pada jam 4.35 petang.

"Pihak polis percaya bayi itu baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Pilah 06-4842999," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.