TAWAU: Seorang lelaki dewasa ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai mangsa bunuh dalam kejadian di kawasan Fajar pada pagi Selasa.
Gambar mangsa dalam keadaan tertiarap serta terdapat kesan tikaman di badannya turut tular di media sosial.
Bagaimanapun, identiti mangsa serta motif kejadian, termasuk dakwaan kejayaan penahanan suspek masih belum dipastikan setakat ini kerana polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kes tersebut masih dalam siasatan lanjut pihaknya.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

