Mayat Dalam Beg: Mangsa Disyaki Meninggal Di Ampang Sebelum Dibuang Di Rembau

LocalPolitics
21 Dec 2025 • 4:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis percaya wanita yang mayatnya ditemui dalam beg dan ditanam dekat sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau, kemungkinan meninggal dunia di Ampang, Selangor sebelum dibawa ke sini.

Dipercayai dicekik di Ampang

Memetik laporan daripada Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar menyatakan wanita terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Ampang selepas soal siasat dilakukan

“Wanita berkenaan dipercayai meninggal dunia di Ampang, Selangor dan mayatnya dibawa ke Rembau.
“Hasil soal siasat dan keterangan, kami dapati mereka (mangsa dan suspek) dikatakan bergaduh di rumah mangsa di Ampang. Difahamkan mangsa dicekik akibat pergaduhan,” ujarnya.

image is not available

Disyaki berlaku pergaduhan di kediaman mangsa di Ampang

Sebelum ini, polis menahan dua lelaki masing-masing di Melaka dan di Genting Sempah, Pahang, susulan penemuan mayat wanita itu.

Polis Daerah Ampang sebelum ini meminta orang ramai memberi maklumat mengenai seorang wanita, Suri Narudin, 53, yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

Muhammad Idzam turut menjelaskan proses tuntutan mayat tidak dapat dilakukan selagi tiada pengesahan identiti mangsa.

“Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diambil daripada beberapa ahli keluarga dan sudah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor…. keputusannya bergantung agensi ini.
“Buat masa ini proses pengecaman mayat tidak berjaya kerana keadaannya sudah mereput, jadi kami bergantung keputusan laporan DNA,” katanya.

image is not available

Khamis lalu, suspek pertama iaitu lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pemandu e-hailing serta memiliki enam rekod jenayah ditangkap polis di Melaka pada petang yang sama penemuan mayat wanita dikenali sebagai Suri Narudin, 53.

Penangkapan itu membawa kepada penahanan suspek utama, bekas pemandu e-hailing berusia 51 tahun yang kini menganggur, di Genting Sempah, Pahang pada petang Jumaat lalu.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi)

The post Mayat Dalam Beg: Mangsa Disyaki Meninggal Di Ampang Sebelum Dibuang Di Rembau appeared first on Borak Daily.