Mayat dengan tangan kanan, kepala terputus ditemui dalam mesin pembancuh simen

17 Apr 2024 • 7:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Satu mayat dengan tangan kanan dan kepala terputus ditemui terapung dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang dekat Seksyen 35, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.44 pagi tadi.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.

“Mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh simen.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan bedah siasat atau 'post mortem’ pada jam 9 pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya. – 17 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved