Mayat disimen dalam bilik air: Lelaki warga asing ditahan reman 7 hari

5 Dec 2023 • 2:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga asing telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan ke penemuan mayat wanita yang ditanam dalam simen di bilik air di rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang, dua hari lepas.

Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan reman ke atas lelaki berusia 53 tahun itu sehingga 11 Disember ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini berkata, penemuan mayat itu baru diketahui ketika tuan rumah mahu membuat proses baik pulih di bahagian bilik air sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Pandamaran.

“Polis yang menerima maklumat kemudian pergi ke lokasi kejadian dan meminta bantuan bomba untuk memecahkan simen terbabit bagi mengeluarkan mayat berkenaan,” katanya.

Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis masih mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat berkenaan. – 5 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved