
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun ditemui di atas ruang pejalan kaki luar bangunan Harbour Mall Sandakan oleh orang awam pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata hasil siasatan awal polis mendapati si mati masuk ke tempat meletak kenderaan pusat membeli belah tersebut pada jam lebih kurang 1.30 pagi di aras 7 dan meletakkan kenderaannya di situ.
“Menurut info, pada jam 3.40 pagi seorang saksi awam yang sedang meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Harbour Mall terdengar bunyi jatuh yang kuat dari tempat tinggi bersebelahan dengan kenderaannya.
“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kenderaan dan mendapati mayat si mati dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya."
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Jelas Abdul Fuad lagi, siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.


