Mayat Ditemukan Selepas Lapan Jam Kereta Terbabas

6 Feb 2025 • 12:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SHAH ALAM, 5 Feb (Bernama) — Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.

Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit pada 5.56 pagi.

“Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.

“Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved