Mayat Hampir Dibakar, Keluarga Terima Panggilan Anak Rupanya Masih Hidup

6 Mar 2023 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jadi mayat siapakah yang berada di rumah keluarga berkenaan.

Mayat Hampir Dibakar, Keluarga Terima Panggilan Anak Rupanya Masih Hidup. Setelah mendapat berita sedih bahawa anak lelaki mereka meninggal dunia, sebuah keluarga dikejutkan lagi dengan berita anak mereka rupanya masih lagi hidup.

Bapa lelaki yang dikenali Chantren berusia 45 tahun berkata bahawa dia telah menerima panggilan telefon daripada pihak Penjara Sungai Buloh pada 3 Mac lalu, memaklumkan anaknya berusia 19 tahun telah meninggal dunia sehari sebelum itu.

image is not available
Mayat Hampir Dibakar, Keluarga Terima Panggilan Anak Rupanya Masih Hidup

Pelik tapi benar

Keluarga tersebut telah diminta untuk menuntut mayat anak mereka di Hospital Sungai Buloh, Selangor namun mereka tidak dibenarkan untuk menurunkan tanda tangan.

Menurut keluarga tersebut lagi, mereka mendapati keadaan wajahnya setelah bedah siasat berbeza kerana ada kesan jahitan selain rambutnya telah dibotakkan.

Mayat anaknya itu juga dikatakan telah dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai, Tampin kira-kira 12 tengah malam untuk pengurusan pengebumian.

image is not available
Sumberfoto: Utusan Malaysia

Tiba-tiba terima panggilan anak sebenarnya masih hidup

Walaubagaimanapun, sekitar tiga ke empat jam sebelum proses membakar mayat dilaksanakan, pihak penjara telah menghubungi keluarga mereka dan memaklumkan bahawa anaknya masih hidup dengan membuat panggilan video.

Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?”

Keluarga mereka sehingga kini masih belum dimaklumkan kenapa anak mereka di penjara atas kesalahan apa serta keliru mayat siapakah yang berada di rumah mereka. Turut dikatakan bahawa anak mereka itu tinggal dan bekerja di Selayang sebelum ditempatkan dengan lelaki yang meninggal dunia tersebut.

image is not available

Pihak penjara membawa pulang mayat

Tambahnya lagi, pihak penjara telah tiba di kediamannya untuk membawa pulang mayat tersebut selain dia juga meminta untuk bertemu anaknya di penjara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Miaforce, S Dayalan yang turut berada di lokasi menggesa pihak bertanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar kerana perkara ini menyebabkan kekeliruan selain menjejaskan emosi keluarga berkenaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: