Mayat Ibu ‘Dihantar’ 24km Dari Lokasi, Beri Hint Anak-Anak Perlu Pertolongan

7 Jul 2023 • 6:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Mayat mangsa ke-9 tragedi kepala air Jeram Air Putih, Terengganu akhirnya ditemui pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), mayat dipercayai lelaki dewasa itu dijumpai terdampar di tebing pasir kira-kira 2km dari lokasi kejadian.

image is not available
Gambar: Bernama

Mayat berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi tadi dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk pengecaman oleh waris.

Ini menjadikan seorang lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin Karim belum ditemui. Pihak berkuasa meneruskan pencarian dengan menumpukan di sektor A.

image is not available

Bagi yang mengikuti kes ini, pasti tahu mayat pertama yang dijumpai adalah mayat si ibu (Azizah) yang ditemui terapung oleh orang ramai kira-kira 24km dari tempat kejadian.

Ini menjadikan petanda kepada pihak berkuasa untuk mencari sebarang kemungkinan ada lagi mangsa lain sehinggalah menemui sebuah kereta dan motor yang hanyut terkena kepala air.

Di Facebook, Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan yang memuat naik perkembangan terkini kes ini menjawab persoalan mengapa mayat pertama ditemui jauh dari lokasi.

Jelasnya, kuasa Allah SWT mahu si ibu memberitahu pasukan penyelamat supaya mencari jenazah anak-anaknya yang lain di dalam hutan. Allahuakbar.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan ‘As’ari Omar percaya taburan hujan lebat luar biasa menjadi punca utama berlakunya kepala air besar di Jeram Air Putih.

Arus yang deras kemudiannya mengalir ke Sungai Teladas hingga ke Jeram Air Putih iaitu lokasi 10 individu sedang berkelah ketika itu.

Lapornya lagi, hasil penelitian di lokasi kejadian mendapati kawasan tersebut mempunyai kelebaran sungai yang luas, dengan jarak ke tebing kira-kira 80 meter (m) dan percaya paras air meningkat sehingga lima meter, sekali gus menyukarkan mangsa untuk menyelamatkan diri mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.