Mayat kanak-kanak lemas jatuh longkang dua hari lepas ditemui

29 Jan 2025 • 4:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA TINGGI, 29 JAN: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air deras di Taman Kota Jaya di sini Isnin lepas, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui lengkap berpakaian dan terapung di permukaan air ketika pencarian diteruskan dengan menyusuri Sungai Johor, pada 10.20 pagi.

Beliau berkata waris kanak-kanak itu telah mengesahkan mayat yang dijumpai adalah ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lepas, sorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam longkang semasa mahu mengambil seliparnya ketika hujan lebat dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved