Mayat kanak-kanak mangsa kes lemas di Rantau Panjang ditemukan

26 Dec 2023 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Mangsa kedua kes lemas di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial di Rantau Panjang, di sini, berjaya ditemukan pada 7 pagi tadi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre, 11, ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa bersama rakannya terjatuh.

“Mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh orang awam dan telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat,” katanya pada sidang media di Pondok Polis Repek di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Nur Damia Qaisara bersama rakannya Siti Aisyah Mazi, 11, terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus pada Ahad lepas.

Jenazah Siti Aisyah ditemukan pada hari yang sama. -Bernama