Mayat Kelapan Tragedi Jeram Air Putih Dijumpai

4 Jul 2023 • 8:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, sebelum hilang dihanyutkan kepala air di kawasan itu - Gambar Fail

CHUKAI - Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih ditemukan kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian iaitu di sektor A di atas beting pasir pada ketinggian lima meter (m).

Pengecaman mayat dilakukan oleh waris mangsa.

"Kedudukan mayat Putri Alleya Maisarah hanya 500m dari lokasi penemuan mayat kedua iaitu adiknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, pada Ahad," katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini. 

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada Ahad, 10 individu termasuk sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dilaporkan berkelah di Jeram Air Putih pada petang Sabtu, sebelum hilang dihanyutkan kepala air di kawasan itu. 

Lapan mayat telah ditemukan dan dikenal pasti identitinya iaitu Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; dan Putri Alleya Maisarah Karim, 16.

Dua yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved