Mayat Lelaki Berbau Dalam Kereta, Ditemui Setelah 12 Jam Kemalangan

30 Nov 2023 • 7:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mayat seorang lelaki yang sudah berbau busuk telah ditemui di dalam parit di Jalan Kampung Rahmat di Seri Gading pada 29 November 2023.

Sudah 12 jam kemalangan

Menerusi kenyataan yang dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai kira-kira jam 9.56 pagi.

image is not available
Mayat lelaki berbau dipercayai meninggal di tempat kejadian

Susulan daripada itu, pihak Bomba dan Penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Maszali Bin Sarip.

Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla telah terbabas melanggar pokok.

Terdapat seorang mangsa cedera dan tersepit di dalam kereta. PKO bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat.

image is not available

Mayat lelaki berbau ditemui dalam parit

Memetik laporan dari Kosmo! Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan yang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan itu.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan menyebabkannya meninggal di tempat kejadian. Semakan juga mangsa yang bernama Lee Wee Sheng yang beralamat di Batu Pahat,” katanya.

image is not available

Mayat mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.