Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung

28 Jun 2022 • 8:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran sangkar ikan dekat Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini pada tengah hari Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu kira-kira jam 12 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

"Sebaik menerima maklumat, bot Kilat 26 diatur gerak ke lokasi sebelum menemui mayat lelaki tanpa baju dan hanya berseluar renang disyaki warga asing dalam keadaan terapung.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Abd Razak berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.