Mayat lelaki dalam longkang di Kota Damansara, saksi kejadian diperlukan bantu siasatan

25 Dec 2023 • 12:45 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan di dalam longkang di Jalan TSB9 Kota Damansara pada petang Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berikutan itu pihaknya meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Siasatan awal pegawai forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjumpai identiti si mati dalam poket seluar yang mendapati si mati seorang lelaki berusia lingkungan 45 tahun.

“Si mati tinggal di kawasan Gugusan Kemuning Jalan Pekaka 8/1 Seksyen 8 Kota Damansara dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran.

“Atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan,” katanya. -25 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved