Mayat lelaki dalam perut ular gergasi 7 meter

31 Jul 2026 • 10:06 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki dalam perut ular gergasi 7 meter

JAKARTA  – Seorang lelaki di Kepulauan Sula, wilayah Maluku Utara ditemukan mati di dalam perut seekor ular sawa, dipercayai ditelan reptilia sepanjang 7 meter itu semasa merentas hutan, lapor laman berita Detik.

Mangsa bernama Hasim Lumbessy dilaporkan pergi ke Desa Waisakai dari Desa Kobo sebelum tiga individu menemukan barang peribadinya bertaburan di atas  jalan sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Ketua Polis Kepulauan Sula, AKBP Handres berkata, penemuan itu mendorong penduduk tempatan melakukan pencarian. 

“Semasa mencari mangsa, warga setempat menemukan jejak ditinggalkan ular dan mengikuti laluannya sehingga membawa kepada penemuan tersebut. 

“Penduduk kemudian menangkap dan membunuh ular sebelum membelah perutnya. Mereka terkejut apabila menemukan mayat Hasim,” kata Handres. 

Menurutnya, mangsa diserang ular sawa sebelum dia ditelan sehingga meninggal dunia. – AGENSI

The post Mayat lelaki dalam perut ular gergasi 7 meter appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved