Mayat lelaki dalam surau

16 Jun 2024 • 4:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

ALOR GAJAH - Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti ditemukan di ruang solat Surau Nur Osmani, Pekan Kuala Sungai Baru di sini pada pagi Ahad.

Mayat itu dipercayai ditemui oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 8.30 pagi ketika mahu membersihkan surau tersebut.

Difahamkan, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dan lengkap berpakaian itu sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau.

Pihak polis yang datang ke lokasi telah melakukan pemeriksaan dan membawa mayat berkenaan ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan memaklumkan pasukan forensik masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved