Mayat lelaki dihanyut kepala air ditemui di Shah Alam

21 Nov 2025 • 3:00 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

SHAH ALAM – Jasad seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Ahad lalu, ditemukan di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, pihak polis akan mengadakan sidang media untuk memaklumkan butiran lanjut berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan di Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma pada kira-kira 5.40 petang.

Sazalee turut memaklumkan bahawa ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan, dan 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved