Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

6 Sep 2025 • 10:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 6 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Bandar Perdana dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa, 51, berasal dari Kampung Bukit Choras, Pendang.

“Pada 3.15 petang semalam, kami menerima panggilan memaklumkan terdapat sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir stesen minyak berkenaan sejak Khamis lalu.

“Di dalamnya terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak bergerak dan kenderaan itu berbau busuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal di lokasi kejadian tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

“Mangsa mempunyai rekod penyakit dan kenderaan itu dikesan masuk ke kawasan berkenaan pada 3 pagi Rabu lalu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved