Mayat lelaki ditemui dalam kereta di Ayer Keroh

13 Jan 2026 • 8:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 JAN: Satu mayat lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.48 tengah hari mengenai sebuah kereta jenis Nissan Almera yang mengeluarkan bau busuk serta dikerumuni lalat.

“Pemeriksaan menemukan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat duduk pemandu dengan keadaan mayat telah mereput,” katanya dalam kenyataan.

Christopher berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Ayer Keroh menerusi talian 06-232 1222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved