
BEAUFORT: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Padas oleh penduduk kampung di Kampung Batu 66, di sini, Selasa lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu pada jam 12.41 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.
“Mayat itu dijumpai oleh orang awam yang berada di sungai tersebut untuk aktiviti berkayak,” katanya, menambah mayat itu dipercayai hanyut dari Tenom.
Tiga anggota menggunakan bot milik penduduk untuk mengambil mayat itu, yang berada 200 meter dari tebing sungai.
Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.
Pada hari berikutnya pula, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tumpahan merkuri di SMK St John pada kira-kira jam 12.03 tengah hari.
“Sebatang termometer pecah di bilik makmal sekolah dan berlaku tumpahan merkuri.
“Pasukan bomba bertindak membersihkan sisa tumpahan tersebut sebelum dilupuskan,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, seorang kakitangan Hospital Beaufort meminta bantuan bomba kerana keretanya terkunci dengan kuncinya tertinggal di dalam kenderaan tersebut.
Sebelum itu seorang kakitangan hospital Beaufort telah meminta bantuan kerana keretanya terkunci dan panggilan tersebut diterima pada 10.15 pagi.
“Anggota kami kemudian membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
