Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Tangki Air, Identiti Masih Misteri

5 Feb 2025 • 3:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Orang ramai digemparkan dengan penemuan satu mayat lelaki dalam tangki air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan polis dari orang awam sekitar 3.15 petang.

Mayat lelaki ditemukan dalam tangki air

image is not available

Foto: Majoriti

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian menemui satu lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki air.

“Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Hasbullah turut memaklumkan mayat berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa berusia 51 tahun itu dijumpai oleh pekerja pelantar yang mahu membuka paip utama berhampiran tempat kejadian sebelum terhidu bau busuk dari arah tangki simpanan air.

image is not available

Foto: Majoriti

Dalam pada itu, Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005.

Sumber: Facebook Polis Daerah Manjung, Sinar Harian (Noor Ainon Mohamed)